Harumnya kuntuman mawardah memberi semangat kepada kumbang untuk bersemngat ,bersabar dalam mencari mawardah yang mewangi untuk dirinya. Jadilah seteguh dan sesabar NAILOFAR dan seindah MAWARDAH buat diriku dalam mengharungi ranjau sebagai muslimah..InsyaAllah.

Thursday, 16 June 2011

Al Quran digital-perlu atau tidak wudhuk diambil ketika membacanya?

Assalamualaikum..

Hari neh topiknya adalah berkenaan membaca Al Quran digital menerusi teknologi handphone dan aplikasi dalam facebook dan banyak lagi la..So timbul la pelbagai pertanyaan yang diutarakan..

So aku pun bertanyakan kepada senior aku daripada jabatan syariah dan dakwah Akademi Pengajian Islam UM berkenaan perkara ini..
maka jawapan beliau adalah...

Kita wajib menutup aurat kalu nak membaca ayat al quran sbbnya kita perlu untuk menghormati ayat suci Al Quran...dan berkenaan dengan perlu atau tidak ambil wudhuk...kalu dia dalam bentuk software je..cm yg kita msokkn lam laptop kita 2...kita juz perlu mentup aurat utk membacanya..sbbnya ia bukanlah mashaf Al Quran iaitu alquran yang semata-mata al quran yg macam kitab alquran 2

(kalau salah mohon ditegur )

tapi perbincangan ini belum selesai dan aku akn cuba dapatkan kesahihan berhubung pperkara neh dengan ustaz yang lebih arif..InsyaAllah... :)

Sebabnya aku masih belum mendapat jawapan yang benar-benar sahih berkenaan dengan membaca Al Quran digital kerana Al Quran digital neh boleh dikatakan macam Al Quran juz bukan dalam lembaran kertas je..tapi persoalannya disni..berkenaan dengan software recording suara org yang membaca untuk tujuan mengajar kita 2..boleh atau tidak kita kategorikan sebagai mashaf bagi Al Quaran digital ini sebab dan bercampur dengan software lain..hihiih..tunnngu tawwww...!

Credit 2 Ustaz Najib dengan perkongsian ilmu neh..thx senior.(ur da best ajibz)

Wednesday, 15 June 2011

MasyaAllah..hilangkah sifat maluku?..

Hari ni baru aku sedar aku dah terlalu jauh dengan sifat malu. Pepagi ni aku ada baca 1 entry psl sifat malu tulisan Iqbal..Ya Allah..aku sangat-sangat malu dengan diri aku. Bahkah lebih malu dan terasa diri sangat-sangat jijik. Selama ini aku yang kununnya sopan kerap kali hilang sofat malu dengan memasukkan gambar-gambar aku untuk tatapan orang ramai. Aku terasa seolah-olah diri aku sangat-sangat hina dan jijik di hadapan Allah..

Sifat malu bukanlah sekadar kita malu dengan orang tetapi juga malu apabila kita melakukan kesalahan dengan pencipta kita Allah SWT.Selama ini kita memadang remeh dengan perkara-perkara yang disuruh dan dilarang Allah sedanagkan itulah medium untuk kita mengecapi nikmat keimanan dalam Islam.

Aku terkesima sebentar apabila membaca banyak lagi bahan berkenaan dengan sifat malu sehingga aku sedari bahawa diriku ini hampir saja hilang sifat MALU itu yang sepatutnya sebgai gadis muslim aku jadikan mahkota perhiasanku.

Sunnguh aku akui bahawa diriku yang dulu jauh daripada sifat malu namun aku sedaya uapaya belajar untuk memhami makna malu yang sebnar. perkenalanku dengan ukhti dalam usrah wonderpets..kak zana..kak ain..kak dalila..banyak membantu aku. Namun sejak agak bz dan makin jauh daripada mereka..seolah-olah sifat malu turut hilang dalam dirku.

Namun Alahmdulillah..diriku seolah-olah tersedar dengan kekhilafan diri sndiri..bahkan aku cuba untuk bangkit membina sifat malu kembali. Terima Kasih buat teman-teman yang sedya upaya memberi semangat buat aku meneruskan kembali kehidupan yang aman dan damai..

Tuesday, 14 June 2011

taik kucing 2!!!!!!...

      Hari neh tiba-tiba saja nak bercakap soal tepati janji. Dalam Islam juga telah digariskan bahawa Islam amat mementingkan ketepatan janji..kerana asas sesebuah kekukuhan masyarakat adalah dengan menepati janji.

      Alahaiii yang buat hati aku bengkek pepagi  adalah disebabkan oleh henpon kesayangan aku yang tak tepati janji..Alamatnya semalam aku bangun pagi lewat la lagi..

      kekadang aku pelik jugak henpon aku neh..ape pasal dia selalu buat hal time pepagi. Dia tak tahu ke aku neh practical student je.. Dah kalau aku pergi kerja lambat jatuh la saham aku.. (walaweeeiiiii..aku tukar henpon baru..baru kau nak nangis yek BOBO-nama henpon aku )

     So macam biasa aku pun terus la pergi kerja. Dalam masa aku tengah bawak si GudGud neh..aku macam terfikir-fikir la..semalam sepatutnya aku menunggu panggilan seseorang yang telah BERJANJI nak call aku. Tapi alih-alih tidak la pulak dia call maybe disebabkan dia bz kot. So tak pe lah..

     Dalam aku tengah bawa moto tu..aku pasan jugak ada sekor moto kat belakang aku try nak memotong aku. So memandangkan jalan dari tol Hospital Sungai Buloh ke tol Jalan Duta neh banyak lubang so aku pn x bolehlah nak ketepi sangat. Ada aku kesah!!!!!... (yang sebenarnya paku banyak so aku risau tayar pancit..ti cam ner aku nk setel hal neh kalu moto pancit tengah-tengah highway)

      Tengok-tengok minyak lak da kosong..Aisehh..Dah la bangun lambat..minyak lak buat hal. So nak tak nak aku kena lah stop isi minyak.. Nak dijadikan cerita, tuan kepada seekor moto yang cuba memotong aku pun singgah gak isi minyak. Lagi parah sebelah aku lak.. So tengah-tengah isi minyak tiba-tiba (jeng jeng jeng-hampagas tol)  tuan seekor moto panggil aku..

" Awak..kalau bawa moto slow,, boleh ketepi sikit tak?"...kata tuan seekor moto (hahahahahah..cam novel lak)

Maka aku pun dengan penuh ketensenan dengan masa yang mencemburui aku..sambil memberi jelingan paling berhemah pernah aku buat..aku cakap kat dia

"Awak....kalau nak memotong ke...nak bawa laju ke moto awak tu..boleh tolong ketengah sikit tak?"

hah..hamek engkau!!..tapi kira okeh la sebab aku jawab dengan sopan..makanya dia pun terus terdiam....

     ITU cerita semalam..pagi neh..HARI neh..aku macam biasa bangun awal sebab BOBO x buat hal..OTW pergi kerja dan seperti lazimnya jugak..aku singgah isi minyak di stesen minyak kesayangan aku- Stesen Minyak Shell Tol Jalan Duta.

     Tiba-tiba aku terpandang sekor moto LC merah hati..macam aku kenal je moto tu..aku tenung lagi lama-lama..tiba-tiba baru aku pasan sebelah moto tu ada tuan punya moto tu tengah tersengeh-sengeh.( terus mati mood aku pepagi weii!!!!!!! )

     So aku buat bodoh je dengan ekspresi muka Mr Bean selepas buat salah terus je blah x nak isi minyak..Padahal minyak memang dah nyawa-nyawa ikan dah.. (SO sengal!!..weiittttttttttt)..



TAPI kan..hahahahhaha...jengjengjeng..ada kisah lucu yang berlaku selepas itu..tapi malas nak cter lagi..so tunggu je la pepagi sok aku update k..hahahahha..walaweiiii...

p/s--sorry kepada yang aku removed dari follower aku..juz memember rapat je aku benarkan..walaweiii..babai...!







Friday, 3 June 2011

taik kucing!!!

Nak dijadikan cerita, alkisahnya aku neh terbangun lewat pagi tadi. Dah pukul 7 pagi baru aku nak mandi. Entah mana silapnya alarm henpon aku tak berbunyik pulak pagi tadi. Bangaun-bangun je aku still lagi relax sebabnya memamng tak nampak macam dah lewat. Bilik aku macam gua, siang ke malam ke sama je gelapnya, so aku pon pisat-pisat mata, kuang lentang la, kupu-kupu la (tanda kemalasan nak pergi kerja..huahuahua).


 Tiba-tiba henpon aku vibrate..grrr.grrrr.grrr tanda ada mesej masok. Aku pon terus bergolek-golek ke henpon aku, Rupanya si Ida opismate aku sent mesej tanya nak beli sarapan ape. Aku pelik la apehal minah ne pepagi da tanya pasal sarap.


Aku pun terus melangut tengok jam.. Alahai da pukul 7.10pagi.. Mananya aku tak mandi lagi, Nak makeup lagi. terkocoh kacah aku pergi mandi (mandi wat syarat je..almaklumlah da lewat kan)

Dalam hati ni menyumpah-nyumpah henpon aku buat hal, da lah aku ni practical student je, pergi kerja pun lambat, jatuh la saham aku nanti nak jadi student terbaik (wakakakakak..weiiittttttttttt !)

Da siap-siap semua aku tengok jam dah pukul 7.35.walaweiiii!! cayalah cepat gila aku siap-siap. So aku pun bergegas la turun. Umah aku tingkat 8. Aku tunggu punya tunggu elavator akhirnya smpai la. Tapi aku tengok ada sorang budak kecik ni, bajet dalam umur 8 tahun la, tengah pegang nasik lemak tapi muka monyok dan nak nangis( bahasa utaranya nak keriau).

Oleh sebab aku ni berjiwa penyanyang aku pun tanya la budak itu apehal dia nak nangis. Sekali dia terus peluk aku. (waaaaaa toching beb!)..Lepas peluk aku budak tu pun tersengih-sengih. Kiranya power la aku ni boleh tenteramkan hati budak tu.

Aku pun terus la pergi kat motor aku yang bernama GudGud. Tapi aku bau semacam je..Pelik gak aku.






Nantikan kemunculannya dalam siri akan datang....




Wednesday, 1 June 2011

Tika dinihari, tinta ini menulis lagi

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bias mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya.. 

Bila aku renung dan cuba untuk tafsirkan bait-bait lirik lagu ni..Hati aku terkesima.. lagu ini mengingatkan tentang sidia yang pernah hadir dalam hidupku.

Jarak perkenalan kami lebih 2 tahun, bermula sebagai teman, kemudiannya bertukar menjadai abang dan akhirnya mengukir janji untuk menanti saat disatukan. Aku memilihnya bukan rupa, harta mahupun pendidikannya yang aku jadikan sandaran sebaliknya aku memilihnya kerana dia. Kami tidak pernah bercinta ataupun dikenali dengan istilah BER'couple' pada tika ini, Hanya sekadar satu perjanjian untuk membina masjid. Aku dan dia tidak pernah jua keluar ber'dating'. Hanya untuk melihat diriku, dia bertandang kerumahku pada hari raya, sekadar sebagai kenalan.

Aku mengagumi sifatnya yang sentiasa mengejar impiannya, namun impiannya jua yang memisahkan kami. Dia ingin belayar di laut dalam, selepas shj menghabiskan pengajiannnya dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Nautika di IPTA timur Malaysia. Namun lantaran aku tidak rela dia berjauhan, ditambah dengan moral hidup dalam kalangan mereka yang ber'laut' aku berat hati untuk melepaskannya.

Akhirnya kata sepakat diambil apabila dia bersedia untuk belayar bagi melepaskan keinginnya selama setahun sebelum kami mendirikan masjid. Aku sedar dengan keinginnya untuk pergi belayar, namun sayangnya kau pada dia membataskan niatnya.

Pernah dia menyarakan impiannya, namun berakahir tanpa sebarang kata daripada.
Namun pada suatu malam, aku terbaca sebuah kisah tentang cinta, yakni tentang pengorbanan dan kebahagiaan.

Sejenak aku berfikir betapa aku amat mementingkan diriku sendiri. mengambil amasa yang agak lama untuk aku memikirkan hal ini, lantas aku membuat keputusan

Aku akan lepaskannya demi cita-citanya.

YA!!!!..Itulah yang aku lakukan.

Hanya Allah yang tahu betapa hatiku remuk dengan melepaskannya, namun aku tahu dia jua tersiksa dengan sifatku yang enggan membenarkan dia ber'laut'.

Akhirnya terurai jua janji yang pernah dilafazkan dulu untuk membina istana bahagia.Aku sedar, biarpun hatiku sakit namun aku puas melihat dia mampu mengecapi impiannya.

Dan kini aku memahami makna sebenar kebahagian oarang yang tersayang memerlukan sebuah usaha yang tinggi, kebahagiaan serta pengorbanan dari insan bergelar kekasih.

Dan kini aku berkorban kasih untuk memastikan dia mampu tersenyum dengan impiannya untuk bergelar Kapten bahkan aku yakin nanti aku akan ersenyum bangga dengan pencapaiannya.

Akirnya kisah hatiku ini aku abadikan tika aku mendengar lagu Mahar Cinta nyanyian Devotees menerusi sorong radio ikim.fm

Sunday, 22 May 2011

bekerjaya sudah...

Akhirnya dapat jua aku menulis dalam blog. Dah agak lama menyepi disebabkan kerja-kerja kat opis yang tak pernah siap
( ayat x bleh bla..padahal x dek kije..g opis bca novel)

Oleh kerana sekarang neh aku bergelar seorang pelajar pelatih latihan industri di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia atau IKIM.fm makanya agak la letih..Sebabnya jarak dari rumah nak ke pejabat ambil masa kira-kira 30 minit.

 So terpaksa keluar awal-awal pagi
<weiiiittt malasnya aku bangun awal>
dan bila balik dan smpai rumah, matahari pun dah x mau menjengahkan sinarnya buat aku lagi.

Nak dijadikan ceritanya, aku ditempatkan di bahagian penerbitan yakni membuat kerja bersama-sama dengan DJ so agak menyeronokkan lah.. Tapi masalahnya aku neh bukan budak broadcasting tapi budak communication.. So agak bermasalah di situ dalam melaksanakan kerja-kerja penerbitan.

Tapi Alhamdulillah disebabkan boss sangat baik dan bertimbvang rasa jadinya aku pun membuat la kerja-kerja yang aku mampu buat macam recorded iklan utk on-air..hahahahah banggalah aku sebab suaraku bakal berkumandang di corong radio IKIM.fm..(bajet suaraku lemak merdu dan menjadi mimpi indah ramai orang)

Okehlah..tamat sudah untuk malam neh..tapi disebabkan report x siap lagi..makanya aku harus menyiapkan laporan terlebih dahulu..
bubbai my dear haruman mawardah..

SEmuga tarbiyah ini  akan memberi seribu satu pengalaman dan hikmah kerana aku sesungguhnya yakin dengan imtihan dalam melaksankan tugasanku.

Semuga pengalaman ini akna menjadi Murabbi terbaik untuk diriku.. Amin Insyaallah..








Wednesday, 11 May 2011

Bila rembulan berbicara

Malam neh mood macam tersangat okeh la pulak. Start daripada petang tadi asyik melangut tengok movie ja dengan rumet aku. Malam neh malam terakhir kami bersama. Esok dia dah nak fly balik negeri Cik Siti Wan Kembang dah. Bila difikirkan balik rasa macam syok sangat-sangat dia dah nak konvo tapi bila fikir berbalik-balik rasa macam tak best lak sebab lepas neh da tak boleh nak mintak duit dari ma ayah. Dah kena kerja dan cari duit sendiri.

 Tadi masa tengah-tengah kemas barang terkeluar la dari mulut aku neh pertanyaan yang paling mengarut. Alahai mulut neh ..cabai baru tahu..

Alkisahnya aku tertanya pasal bab kahwin-kahwin neh. Ya la bila berpisah nanti janganlah  pulak tak dipanggilnya aku kenduri kahwin.hahahha ( sukenya aku bila cakap pasal neh)

So tiba-tiba ja aku teringat pasal sorang mamat neh. Niat dihati macam sayang tapi macam tak sayang pun ada. So kesimpulannya sayang tapi tak berapa sayang sangatlah..hahahha (weeeeeeiiiittt giler arghhh aku neh)

So akibatnya malam neh hati aku berbunga-bunga tapi sebenarnya aku neh calon nak kahwin pon tak ada macam mana nak kahwin..Tapi tak apa je sebabnya bukan aku nak habis study lagi. Still ada 1 year left..

So to kak una my best rumet ever..im gonna mish u a lot..n thanks  everything, really gonna mish u, your hair, your smile, your bantal busuk, your story bout APK n everything.