Harumnya kuntuman mawardah memberi semangat kepada kumbang untuk bersemngat ,bersabar dalam mencari mawardah yang mewangi untuk dirinya. Jadilah seteguh dan sesabar NAILOFAR dan seindah MAWARDAH buat diriku dalam mengharungi ranjau sebagai muslimah..InsyaAllah.

Wednesday, 1 June 2011

Tika dinihari, tinta ini menulis lagi

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bias mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya.. 

Bila aku renung dan cuba untuk tafsirkan bait-bait lirik lagu ni..Hati aku terkesima.. lagu ini mengingatkan tentang sidia yang pernah hadir dalam hidupku.

Jarak perkenalan kami lebih 2 tahun, bermula sebagai teman, kemudiannya bertukar menjadai abang dan akhirnya mengukir janji untuk menanti saat disatukan. Aku memilihnya bukan rupa, harta mahupun pendidikannya yang aku jadikan sandaran sebaliknya aku memilihnya kerana dia. Kami tidak pernah bercinta ataupun dikenali dengan istilah BER'couple' pada tika ini, Hanya sekadar satu perjanjian untuk membina masjid. Aku dan dia tidak pernah jua keluar ber'dating'. Hanya untuk melihat diriku, dia bertandang kerumahku pada hari raya, sekadar sebagai kenalan.

Aku mengagumi sifatnya yang sentiasa mengejar impiannya, namun impiannya jua yang memisahkan kami. Dia ingin belayar di laut dalam, selepas shj menghabiskan pengajiannnya dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Nautika di IPTA timur Malaysia. Namun lantaran aku tidak rela dia berjauhan, ditambah dengan moral hidup dalam kalangan mereka yang ber'laut' aku berat hati untuk melepaskannya.

Akhirnya kata sepakat diambil apabila dia bersedia untuk belayar bagi melepaskan keinginnya selama setahun sebelum kami mendirikan masjid. Aku sedar dengan keinginnya untuk pergi belayar, namun sayangnya kau pada dia membataskan niatnya.

Pernah dia menyarakan impiannya, namun berakahir tanpa sebarang kata daripada.
Namun pada suatu malam, aku terbaca sebuah kisah tentang cinta, yakni tentang pengorbanan dan kebahagiaan.

Sejenak aku berfikir betapa aku amat mementingkan diriku sendiri. mengambil amasa yang agak lama untuk aku memikirkan hal ini, lantas aku membuat keputusan

Aku akan lepaskannya demi cita-citanya.

YA!!!!..Itulah yang aku lakukan.

Hanya Allah yang tahu betapa hatiku remuk dengan melepaskannya, namun aku tahu dia jua tersiksa dengan sifatku yang enggan membenarkan dia ber'laut'.

Akhirnya terurai jua janji yang pernah dilafazkan dulu untuk membina istana bahagia.Aku sedar, biarpun hatiku sakit namun aku puas melihat dia mampu mengecapi impiannya.

Dan kini aku memahami makna sebenar kebahagian oarang yang tersayang memerlukan sebuah usaha yang tinggi, kebahagiaan serta pengorbanan dari insan bergelar kekasih.

Dan kini aku berkorban kasih untuk memastikan dia mampu tersenyum dengan impiannya untuk bergelar Kapten bahkan aku yakin nanti aku akan ersenyum bangga dengan pencapaiannya.

Akirnya kisah hatiku ini aku abadikan tika aku mendengar lagu Mahar Cinta nyanyian Devotees menerusi sorong radio ikim.fm

No comments: