Harumnya kuntuman mawardah memberi semangat kepada kumbang untuk bersemngat ,bersabar dalam mencari mawardah yang mewangi untuk dirinya. Jadilah seteguh dan sesabar NAILOFAR dan seindah MAWARDAH buat diriku dalam mengharungi ranjau sebagai muslimah..InsyaAllah.

Tuesday, 24 April 2012

setia menanti kudis prasangka

Assalamualaikum,
betapa lamanya aku tidak mencoret di ruangan ini sehinggaku terpaksa menyapu sesawang lelabah yang sudah bermukim di sini. betapa sebuah usaha dan kesungguhan perlu untuk aku kembali menulis. aku kehilangan tenaga imaginasi untuk menulis sudah hampir setahun. KENAPA? biar aku ceritakan sebuah kisah temanku yang menyebabkan aku hilang urat semangat demi menuntut memahami hatinya. aku punya teman, indah namanya wan mohd hasyim namanya, berteman tapi mesra dengan seorang gadis yang cukuplah aku gelar sebagai RP. ahhhh!! indahnya kenangan ketika mereka bersama berteman. berani aku katakan mereka berteman dengan setiap genap aspek dijaga keterbatasannya agar perhubungan yang dibina itu tidak terpesong dan melanggar ikhtilaf. setahun menahan rasa, pada bulan ramadhan, pada detik jam menghampiri waktu bersahur, RP berkias dan menyuarakan hasrat hati, nah tapi benar, kiasannya begitu indah dan dibalas oleh SM(wan mohd hasyim) dengan kata positif. namun mereka tetap begitu, tiada kata-kata cinta yang terlahir. masing-masing sudah mengerti. sehingga tibalah pada pertemuan mata pertama. RP meminta kak una, teman yang paling dipercayainya untuk bersamanya bagi mengelak fitnah, ha ini juga kerana kak una adaah teman baik SM kerana bersekoah sekali bahkan kak una orang yang bertanggungjawab mempertemu mereka. hari yang dinanti tiba, bagaikan ingin saja hati RP keluar  dan hampir 90% hatinya tidak merelakan dirinya bertemu wajah dengan SM. bimbang takut hatinya merindu. bimbang hatinya tidak keruan tatkala bersolat. namun pertemuan itu tetap terjadi dengan pertemuan mata SM bersama 3 orang temannya dan RP bersama kak una. tidak perlu berbicara panjang dan lebar kerana debar hati menceritakan segalanya. cuma sebuah senyuman keci hingga tidak mampu disedari oeh teman lain menjawab segala persoalan hati.

hari demi hari dilalui seperti biasa, sehingga pada suatu hari, RP pengsan dan kesurupan. berjumpa seorang ustaz. demi Allah, RP sakit. dia terkena buatan orang. mungkin sahaja perngainya berubah, hatinya? tak sedikit terkutik perkara buruk biarpun lemparan fitnah demi fitnah terhadap SM. dia yakin SM jiwa pemuda yang bersih. bermulalah episode luka dalam diri RP. pada saat fitnah melanda, dirinya lemah SM pergi meninggalkan dia tanpa sebarang kata, tanpa pamit, tanpa pesan dan membiarkan, meninggalkan dirinya keseorangan mempertahankan kepercayaan yang goyah terhadap SM. dan sehingga kini, dia terus menanti khabar daripada SM

No comments: