Harumnya kuntuman mawardah memberi semangat kepada kumbang untuk bersemngat ,bersabar dalam mencari mawardah yang mewangi untuk dirinya. Jadilah seteguh dan sesabar NAILOFAR dan seindah MAWARDAH buat diriku dalam mengharungi ranjau sebagai muslimah..InsyaAllah.

Sunday, 22 May 2011

bekerjaya sudah...

Akhirnya dapat jua aku menulis dalam blog. Dah agak lama menyepi disebabkan kerja-kerja kat opis yang tak pernah siap
( ayat x bleh bla..padahal x dek kije..g opis bca novel)

Oleh kerana sekarang neh aku bergelar seorang pelajar pelatih latihan industri di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia atau IKIM.fm makanya agak la letih..Sebabnya jarak dari rumah nak ke pejabat ambil masa kira-kira 30 minit.

 So terpaksa keluar awal-awal pagi
<weiiiittt malasnya aku bangun awal>
dan bila balik dan smpai rumah, matahari pun dah x mau menjengahkan sinarnya buat aku lagi.

Nak dijadikan ceritanya, aku ditempatkan di bahagian penerbitan yakni membuat kerja bersama-sama dengan DJ so agak menyeronokkan lah.. Tapi masalahnya aku neh bukan budak broadcasting tapi budak communication.. So agak bermasalah di situ dalam melaksanakan kerja-kerja penerbitan.

Tapi Alhamdulillah disebabkan boss sangat baik dan bertimbvang rasa jadinya aku pun membuat la kerja-kerja yang aku mampu buat macam recorded iklan utk on-air..hahahahah banggalah aku sebab suaraku bakal berkumandang di corong radio IKIM.fm..(bajet suaraku lemak merdu dan menjadi mimpi indah ramai orang)

Okehlah..tamat sudah untuk malam neh..tapi disebabkan report x siap lagi..makanya aku harus menyiapkan laporan terlebih dahulu..
bubbai my dear haruman mawardah..

SEmuga tarbiyah ini  akan memberi seribu satu pengalaman dan hikmah kerana aku sesungguhnya yakin dengan imtihan dalam melaksankan tugasanku.

Semuga pengalaman ini akna menjadi Murabbi terbaik untuk diriku.. Amin Insyaallah..








No comments: