Hari ini genap 23 hari abg dimasukkan ke hospiatal dengan jumlah 18 hari di Hospital Alor Setar dan kini menghabiskan sisa-sisa rawatan susualannya di Hospital Pulau Pinang.
Hari ini hari pertama abang melakukan rawatan Radiologi. Pada permulaannya kami diberitahu bahawa rawatan ini tidak menyakitkan, namun melihat penderitaan abg aku, Ya Allah hanya tuhan saja yang tahu redamnya hati kami. Abgku x mampu lagi berjalan, melidi, kesakitan tulang belakang yang teramat sangat.
Radiologi atau radio terapi.
Satu cara untuk merawat barah. Ia menggunakan radiasi seperti X-ray, sinaran gamma atau elektron, untuk mengubati atau mengawal barah. Perkataan tersebut terdiri daripada “radio” bermaksud sinaran dan “terapi” bermaksud rawatan.
Radioterapi boleh digunakan kerana radiasi menghentikan barah daripada membesar dan sel barah daripada membahagi. Ia diarahkan kepada sel barah dengan dua cara- radiasi dalaman dan radiasi luaran.
Radiasi luaran bermakna radioterapi diberi secara luar badan daripada sebuah mesin yang mengarahkan sinaran radiasi kepada tumbuh barah. Ia adalah seperti mengambil X-ray tetapi dosnya jauh lebih tinggi daripada xray untuk diagnosa. Terdapat beberapa jenis mesin radioterapi yang berbeza. Ini termasuk pemancut linear dan mesin kobalt.
Radiasi dalaman bermakna radioterapi diberi dengan meletak sebuah bekas radioaktif, dawai radioaktif yang halus atau jarum yang diletak dalam badan dekat dengan atau di tempat barah wujud. Ini dipanggil sebagai implan radioaktif. Implan tersebut mengandungi bahan radioaktif seperti yttrium, iridium atau caesium. Implan tersebut mengarahkan sinaran radiasi kepada barah tersebut.
Radiasi luaran daripada mesin biasa digunakan untuk rawatan radioterapi. Pakar Terapi Radiasi ataupun Pakar Onkologi akan menggunakan radiasi dalaman jika sel barah berada dekat dengan permukaan badan atau tempat yang senang untuk dimasuki. Mereka boleh menggunakan implan untuk barah payudara, barah serviks, dan barah lidah. Jika radiasi dalaman digunakan, biasanya radiasi luaran pun akan digunakan juga. Walau bagaimanapun, pada hari ini, semakin banyak rawatan radiasi yang bersasaran diberi dengan wujudnya radiologi intervensi yang telah menjadi satu sumbangan besar kepada rawatan radiasi.
Kesannya
- Berasa tidak sihat – hanya apabila abdomen/pelvis dirawat
- Kulit yang merah dan gatal
- Mulut atau kerongkong yang sakit/kering
- Telinga yang tersumbat
- Kehilangan rambut - hanya apabila bahagian kepala dirawat
- Mengalami kesusahan menelan makanan
- Sakit perut atau cirit birit
- Pundi kencing yang lemah
- Masalah seksual atau kesuburan
Mendengar perkhabaran abang menghidapi kanser peparu aku dah x mampu berfikir lagi. Ya Allah hentikanlah tangisanku ini. Izinkanlah aku mencoretkan kepedihan hatiku ini.
Simptom2 kanser peparu yang dihadapi oleh abang.
- Simptom tempatan: biasanya bonggol atau ketulan luarbiasa (tumor), pendarahan hemorrhage, sakit dan/atau ulser. Tekanan kepada tisu sekeliling mungkin menyebabkan simpom seperti demam kuning.
- 'Simptom metastasis (merebak): nod lymph, batuk dan hemoptysis, hepatomegali (hati bengkak), sakit tulang, tulang berkenaan retak dan simptom neurologi. Walaupun barah lanjut mungkin menyebabkan sakit, ia bukannya tanda pertama.
- Simptom sistemik: penurunan berat badan, anoreksia dan kakheksia (kurus), peluh berlebihan (peluh malam), anemia dan phenomena paraneoplastik khusus, contoh. keadaan khusus yang
Tadi ma telefon dan menyampaikan perkhabaran yang tidak enak. Barah abang da smpai tahap 4. Doktor suruh ready menerima sebarang kemungkinan yang berlaku. Ingin aku disisi abang. mengusap rambutnya namun aku masih lagi menghabiskan sisa-sisa pengajianku ku. Aku exam sampai 12 mei dan kemudian prektikal di IKIM sehingga bulan 7. Hatiku ralat, hati begitu rungsing seandainya...Aku tidak sempat.....
aku x mampu menulis lagi...
4 comments:
hoo? napa weh?
semoga ang kuat lalui ujian ni kawan
Sabar la ye... bykkan berdoa n moga allah sembuhkan penyakit abg jue dgn cepat.... fiq akan tlg doakan skl...
akhirnya dia pergi tinggalkan deritanya disnini
Post a Comment