Harumnya kuntuman mawardah memberi semangat kepada kumbang untuk bersemngat ,bersabar dalam mencari mawardah yang mewangi untuk dirinya. Jadilah seteguh dan sesabar NAILOFAR dan seindah MAWARDAH buat diriku dalam mengharungi ranjau sebagai muslimah..InsyaAllah.

Tuesday, 12 July 2011

menipu dalam kebenaran

Hari ini bermula dengan satu peristiwa hitam. Sejarah kembali lagi mengimbau kenangan-kenangan lalu. Sakitnya kini kembali berdenyut, lukanya kembali bernanah, bahkan kini parah dengan kehadiran makhluk seni tanpa tulang, terhinjut-hinjut mengikut irama detakan hatiku.

Rindu semalam bertandang lagi, menerobos terus kedasar jiwa yang terkecil, mengalirkan kepanasan lahar prasangka, katakanlah padaku.Pada siapa harus aku persalahkan?

Pada aku yang membuta membuka segenap ruang hatiku buatmu

Pada dia yang entah mampu menerima tempias lahar ini atau tidak

Pada siapa??.katakanlah, betapa sesungguhnya aku ingin tahu.


Derik tengah malam kelmarin, episod ini bermula, tika denting jam 1 kali berdenting, aku faham segalanya, janji itu dia mungkiri lagi.

JANJI????...untuk tidak menipu dalam kebenaran. kebenaran tentang apa yang diperkatakan kerana aku tidak mahu menjadi MUNAFIK pada diri sendiri.

Tanggungjawab terhadap segala yang dituturkan, bukan sekadar pada perbuatan namun jua ada hati, manakan mungkin perbuatan menyatakan rindu lantaran hati memaksa sedanagkan jiwa kaku?..dingin yang tetap utuh biarpun jua dielus bahang cintaku..

Aku kini menipu diri sendiri bahawa aku tiada sebarang rasa buatmu, biarpun dalam kebenaran aku terlalu mengingini mu

2 comments:

penghibur yang lara said...

bersabarlah..nescaya ade kebaikan dan tauladan yang dapat ditimba melalui pengalaman yang lalu...okay

aisyah humaira said...

InsyaAllah :)..sekadar coretan..