Harumnya kuntuman mawardah memberi semangat kepada kumbang untuk bersemngat ,bersabar dalam mencari mawardah yang mewangi untuk dirinya. Jadilah seteguh dan sesabar NAILOFAR dan seindah MAWARDAH buat diriku dalam mengharungi ranjau sebagai muslimah..InsyaAllah.

Sunday, 22 May 2011

bekerjaya sudah...

Akhirnya dapat jua aku menulis dalam blog. Dah agak lama menyepi disebabkan kerja-kerja kat opis yang tak pernah siap
( ayat x bleh bla..padahal x dek kije..g opis bca novel)

Oleh kerana sekarang neh aku bergelar seorang pelajar pelatih latihan industri di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia atau IKIM.fm makanya agak la letih..Sebabnya jarak dari rumah nak ke pejabat ambil masa kira-kira 30 minit.

 So terpaksa keluar awal-awal pagi
<weiiiittt malasnya aku bangun awal>
dan bila balik dan smpai rumah, matahari pun dah x mau menjengahkan sinarnya buat aku lagi.

Nak dijadikan ceritanya, aku ditempatkan di bahagian penerbitan yakni membuat kerja bersama-sama dengan DJ so agak menyeronokkan lah.. Tapi masalahnya aku neh bukan budak broadcasting tapi budak communication.. So agak bermasalah di situ dalam melaksanakan kerja-kerja penerbitan.

Tapi Alhamdulillah disebabkan boss sangat baik dan bertimbvang rasa jadinya aku pun membuat la kerja-kerja yang aku mampu buat macam recorded iklan utk on-air..hahahahah banggalah aku sebab suaraku bakal berkumandang di corong radio IKIM.fm..(bajet suaraku lemak merdu dan menjadi mimpi indah ramai orang)

Okehlah..tamat sudah untuk malam neh..tapi disebabkan report x siap lagi..makanya aku harus menyiapkan laporan terlebih dahulu..
bubbai my dear haruman mawardah..

SEmuga tarbiyah ini  akan memberi seribu satu pengalaman dan hikmah kerana aku sesungguhnya yakin dengan imtihan dalam melaksankan tugasanku.

Semuga pengalaman ini akna menjadi Murabbi terbaik untuk diriku.. Amin Insyaallah..








Wednesday, 11 May 2011

Bila rembulan berbicara

Malam neh mood macam tersangat okeh la pulak. Start daripada petang tadi asyik melangut tengok movie ja dengan rumet aku. Malam neh malam terakhir kami bersama. Esok dia dah nak fly balik negeri Cik Siti Wan Kembang dah. Bila difikirkan balik rasa macam syok sangat-sangat dia dah nak konvo tapi bila fikir berbalik-balik rasa macam tak best lak sebab lepas neh da tak boleh nak mintak duit dari ma ayah. Dah kena kerja dan cari duit sendiri.

 Tadi masa tengah-tengah kemas barang terkeluar la dari mulut aku neh pertanyaan yang paling mengarut. Alahai mulut neh ..cabai baru tahu..

Alkisahnya aku tertanya pasal bab kahwin-kahwin neh. Ya la bila berpisah nanti janganlah  pulak tak dipanggilnya aku kenduri kahwin.hahahha ( sukenya aku bila cakap pasal neh)

So tiba-tiba ja aku teringat pasal sorang mamat neh. Niat dihati macam sayang tapi macam tak sayang pun ada. So kesimpulannya sayang tapi tak berapa sayang sangatlah..hahahha (weeeeeeiiiittt giler arghhh aku neh)

So akibatnya malam neh hati aku berbunga-bunga tapi sebenarnya aku neh calon nak kahwin pon tak ada macam mana nak kahwin..Tapi tak apa je sebabnya bukan aku nak habis study lagi. Still ada 1 year left..

So to kak una my best rumet ever..im gonna mish u a lot..n thanks  everything, really gonna mish u, your hair, your smile, your bantal busuk, your story bout APK n everything.

Tuesday, 10 May 2011

malam neh terasa sangat lambat berlalu. Saat neh la air mata tak henti-henti keluar. Rindukan abang.
Sakitnya dalam hati tak dapat aku gambarkan. Bila teringat abang nak bawak kuar makan beger dabel spesel pak lah bila aku balik rumah nanti..terasa sayu yang amat sangat.

sedar-sedar mata dah bengkak tapi air mata neh x mau juga henti. Aku dah penat menangis tapi kenapa air mata neh..Tolonglah henti wahai air mata!..

Aku benci diri aku macam ni. Ya Allah kuatkanlah hatiku. Aku rindukan abang. Rindu yang teramat sangat.
Bila bukak FB abang, tengok ucapan takziah dari kawan-kawan dia..lagilah pilu hati neh. Kalu ikotkan hati nak je aku removed semua tu..Aku benci bila diingatkan hakikat abang tinggalkan aku!!!!!


Talkin

Bismillahhirrahmannirrahim.

Maha suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa.

Maha suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Maha suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang maha besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,
hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.



Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.



Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap kalimah “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah“.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.



Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada-Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.

“kullu nafsin za iqatul maut“
- Setiap yang Bernafas, Pasti akan Mati -
Hari ni  berlalu lagi. Dah 4 hari abang tinggal kami semua. hanya Allah yang tahu betapa aku kehilangannya. Abang akhirnya disahkan meninggalkan dunia yang fana ini tepat jam 1225pm di Hospital Pulau Pinang akibat penyakitnya. sepi , hiba, sunyi bila aku tak sempat menatap wajahnya kali terakhir.

Aku tiba di kedah seusai bacaan talkin, lemah gemalai lututku tak mampu memijak tanah, apabila aku terpandang timbunan tanah yang menutupi lahadnya. Dia tinggalkan aku buat selamanya, membawa pergi kesemua deritanya.

Malam kematiannya, aku bermimpi dia hadir dalam mimpiku dengan memakai baju belang hijau hitam kesukaanya dengan kain pelikat baru, dia nak pakai untuk solat aidilfitri tahun ni, tapi abang tak sempat.
Abang senyum, tapi aku meangis lagi, malah bila aku buka mata je, gelap pekat yang aku nampak bersama bauan bunga ramapi dan air mawar.

Ya Allah, tempatkanlah rohnya Mohd Sobri Bin Hasan dalam kalangan hambaMU yang mukmin. Kurniakanlah dirinya kebahagian dia akhirat kelak.


Tuesday, 3 May 2011

Hari ini genap 23 hari abg dimasukkan ke hospiatal dengan jumlah 18 hari di Hospital Alor Setar dan kini menghabiskan sisa-sisa rawatan susualannya di Hospital Pulau Pinang. 

Hari ini hari pertama abang melakukan rawatan Radiologi. Pada permulaannya kami diberitahu bahawa rawatan ini tidak menyakitkan, namun melihat penderitaan abg aku, Ya Allah hanya tuhan saja yang tahu redamnya hati kami. Abgku x mampu lagi berjalan, melidi, kesakitan tulang belakang yang teramat sangat.

Radiologi atau radio terapi.



Satu cara untuk merawat barah. Ia menggunakan radiasi seperti X-ray, sinaran gamma  atau elektron, untuk mengubati atau mengawal barah. Perkataan tersebut terdiri daripada “radio” bermaksud sinaran dan “terapi” bermaksud rawatan.  
Radioterapi boleh digunakan kerana radiasi menghentikan barah daripada membesar dan sel barah daripada membahagi. Ia diarahkan kepada sel barah dengan dua cara- radiasi dalaman dan radiasi luaran. 

Radiasi luaran bermakna radioterapi diberi secara luar badan daripada sebuah mesin yang mengarahkan sinaran radiasi kepada tumbuh barah. Ia adalah seperti mengambil X-ray tetapi dosnya jauh lebih tinggi daripada xray untuk diagnosa. Terdapat beberapa  jenis mesin radioterapi yang berbeza. Ini termasuk pemancut linear dan mesin kobalt. 
Radiasi dalaman bermakna radioterapi diberi dengan meletak sebuah bekas radioaktif, dawai radioaktif yang halus atau jarum yang diletak dalam badan dekat dengan atau di tempat barah wujud. Ini dipanggil sebagai implan radioaktif. Implan tersebut mengandungi bahan radioaktif seperti yttrium, iridium atau caesium. Implan tersebut mengarahkan sinaran radiasi kepada barah tersebut. 

Radiasi luaran daripada mesin biasa digunakan untuk rawatan radioterapi. Pakar Terapi Radiasi ataupun Pakar Onkologi akan menggunakan radiasi dalaman jika sel barah berada dekat dengan permukaan badan atau tempat yang senang untuk dimasuki. Mereka boleh menggunakan implan untuk barah payudara, barah serviks, dan barah lidah. Jika radiasi dalaman digunakan, biasanya radiasi luaran pun akan digunakan juga. Walau bagaimanapun, pada hari ini, semakin banyak rawatan radiasi yang bersasaran diberi dengan wujudnya radiologi intervensi yang telah menjadi satu sumbangan besar kepada rawatan radiasi.



Kesannya
 

  • Berasa tidak sihat – hanya apabila abdomen/pelvis dirawat
  • Kulit yang merah dan gatal
  • Mulut atau kerongkong yang sakit/kering
  • Telinga yang tersumbat
  • Kehilangan rambut - hanya apabila bahagian kepala dirawat
  • Mengalami kesusahan menelan makanan
  • Sakit perut atau cirit birit
  • Pundi kencing yang lemah
  • Masalah seksual atau kesuburan

    Mendengar perkhabaran abang menghidapi kanser peparu aku dah x mampu berfikir lagi. Ya Allah hentikanlah tangisanku ini. Izinkanlah aku mencoretkan kepedihan hatiku ini.

    Simptom2 kanser peparu yang dihadapi oleh abang.

Tadi ma telefon dan menyampaikan perkhabaran yang tidak enak. Barah abang da smpai tahap 4. Doktor suruh ready menerima sebarang kemungkinan yang berlaku. Ingin aku disisi abang. mengusap rambutnya namun aku masih lagi menghabiskan sisa-sisa pengajianku ku. Aku exam sampai 12 mei dan kemudian prektikal di IKIM sehingga bulan 7. Hatiku ralat, hati begitu rungsing seandainya...Aku tidak sempat.....


aku x mampu menulis lagi...