Harumnya kuntuman mawardah memberi semangat kepada kumbang untuk bersemngat ,bersabar dalam mencari mawardah yang mewangi untuk dirinya. Jadilah seteguh dan sesabar NAILOFAR dan seindah MAWARDAH buat diriku dalam mengharungi ranjau sebagai muslimah..InsyaAllah.

Sunday, 18 December 2011

mentalkah aku?

Assalamualaikum..

Alhamdulillah untuk kesekian kalinya akhirnya dapat jua aku labuhkan jemariku buat menaip untuk bolg aku sendiri. dan alhamdulillah aku sedang berasa bahagia dengan izin Allah.

Benci la..aku baru jek nak bermanja-manja dengan bahasa tiba-tiba member aku kontek bagi task lain lak..tak suke dengan report..huhuu..

okeh la..out dulu nak siapkan report..

Tuesday, 25 October 2011

BILA KAMU MAHU JADI MA'MUMKU...

Segala Puji bagi Allah Tuhan Seru sekalian alam.Tuhan Yang Maha Rahman.Maha Rahim.. Sholawat serta salam senantiasa tercurah untuk kekasih Allah,M uhammad Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam.Allahumma Shalli wa Salim Ala Sayyidina Muhammadin wa Ala aali Sayyidina Muhammadin fi Kulli Lam Hatin wa na Fasinn bi'adadi Kulli Ma'lu Mil Lak.

Yaa Rabbi! Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,b erfikir sebelum bertindak, santun dalam berbicara, tenang ketika gundah,diam ketika emosi melanda, bersabar dalam setiap ujian. Jadikanlah kami orang yg selembut Abu Bakar Ash-Shiddiq, sebijaksana Umar bin Khattab, sedermawan Utsman bin Affan,s epintar Ali bin Abi Thalib, sesederhana Bilal, setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum Amiin ya Rabbal'alamin.

Duhai Calon Makmum ku, Apa khabar engkau disana? siapapun engkau....... Semoga Allah senantiasa memberikan kesihatan kepadamu, dan semoga kekuatan Iman&Takwa selalu melekat di dalam hatimu, Calon "makmum"ku….

Aku tau ALLAH menunda waktu kita tuk bersama.. ALLAH hanya memberi jeda untuk kita bisa mempersiapkan segalanya saat tiba kita bersama nanti..
Bersama dalam satu atap dalam satu hati…

Mengertilah calon makmumku..
Aku mencintaimu
Aku memerlukanmu… Mungkin aku tak dapat menyampaikan rasa cinta ini kepadamu secara langsung saat ini… Namun aku percaya ALLAH akan mencintaimu selalu dalam setiap rinai waktu yang kau jalani….

Duhai Calon ''Makmum''ku, Jika memang kita berjodoh, Allah pasti akan memberikan cinta di dalam hati kita, di dalam hatiku dan di dalam hatimu, & jika memang kita tidak berjodoh, Allah pasti sedang merencanakan yg terbaik untuk kita, kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan, ku serahkan rasa yg tiada sanggup dijadikan halal itu kepada Maha Yang Maha Memberi dan Memilikinya, biarkan Dia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya, kerana ku ingin menjaga cintaku hanya untuk yang halal.

Calon "makmum"ku…
Aku tak menuntut banyak darimu… Aku tak memaksamu untuk membalas cintaku skrg.. Semua itu kuyakin akan tumbuh perlahan dalam hati tulusmu… Akan mekar layaknya bunga namun tetap terjaga, dan takkan layu oleh panas matahari maupun oleh hujan yang setiap saat menerpa….

Calon "makmum"ku…. Mungkin kau tak mencintaiku dengan hatimu saat ini.. Tapi janganlah kau pudarkan cintamu pada-NYA yang begitu mencintaimu.. Yang memberikan nafas kehidupan, yang memberikan sempat padam untuk dapat berkarya yang menjadikan itu ibadahmu….

Calon "makmum"ku…. Aku terus menanti saat itu… Terus menanti saat kita bersanding dan mengucap janji suci walimatul’ursy.. Janji suci yang lekat dengan tanggung jawab kepada ALLAH SWT.. Saat kau merangkulku erat… Menuntunku menuju amanah ALLAH tuk mendampingmu… Menuntunku untuk selalu mencari syurgaku melalui dirimu…

Calon "makmum"ku….. Hati ini akan selalu untukmu… Akan selalu kujaga untukmu.. Kumohon jangan kau nodai ketulusan ini dengan sesuatu yang bisa kau buat sebagai alasan… Jangan kau hakimi hatiku dengan perasaan yang tak pasti….

Calon "makmum"ku….. Mungkin saat kau baca ini, hatimu tak terketuk sama sekali… Mungkin kau menganggapku berlebihan dengan apa yang kurasakan… Sekali lagi maafkan aku calon makmumku… Ini hanya ungkapan hati yang aku miliki saat ini.. Kerana aku tak dapat berbicara langsung denganmu.. Bagaimanapun itu,Aku hanya berharap… ALLAH senantiasa melindungmu.. Senantiasa memelukmu.. memudahkan langkahmu.. Dan ALLAH akan membawamu padaku, saat kau telah siap menerimaku dengan apa adanya aku…

Semoga ALLAH membuka jalan kemudahan itu calon makmumku.. Jaga diri baik-baik calon Makmumku.. Aku merindukanmu… Akan kujaga baik" hati dan diriku, hingga takdir mempertemukan kita kelak.. Jadilah " BINTANG" halal buatku "aku belum tentu menikahi dengan orang yang aku cintai,tapi aku akan mencintai siapapun yang menikah denganku kerana dia adalah kekasih dunia akhirat

" Ya Allah...... Bila Hamba menjadi pasangan seseorang Izinkanlah diri hamba menjadi pelindung baginya, izinkanlah wajah hamba menjadi kesenangan baginya, izinkanlah mata hamba menjadi keteduhan baginya, izinkanlah pundak hamba menjadi tempat melepas keresahan baginya, izinkanlah setiap perkataan hamba menjadi kesejukan baginya Ya Allah...... Izinkanlah setiap pelukan menjadi jalan untuk lebih mendekat kepadaMu; izinkanlah setiap sentuhan menjadi pengikat cinta kepadaMu, izinkanlah setiap pertemuan menjadikan kami bersyukur kepadaMu Aamiin Ya Rabbal 'Alamin...

Bunga-bunga cinta indah bersemi diantara harap pinta padaNya Ya Allah tautkanlah cinta di hati berpadu indah dalam mihrab cinta. Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta sejatinya.. ibarat tasbih & benang pengikatnya.. terajut menjadi satu untaian yang selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia yang bibirnya basah akan cinta kepada Rabb-Nya Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir!





Selalu hati aku berharap nota ini adalah buat aku..
nota ni milik Abban Lo'baw yang aku copy kat FB beliau..hihiih beliau suruh aku baca n kumen tapi aku buat keja tak senonoh dengan menciplak hasil karya beliau

Monday, 12 September 2011

real life fairytale!

Bila mendengar tentang hakikat sebuah kehidupan, aku kekadang terkesima, yalah kalau nak dikatakan hidup ini indah, bagi aku terlalu indah! Dalam kehidupan inilah kita boleh merasa segalanya. Dari semanis kenangan sehinggalah ke sepahit kenangan. Kalau yang mengenakkan masakan adalah garam dan gula, maka yang mengindahkan kehidupan adalah..... CINTA!. cinta bukan sekadar pada kekasih ( wah wah wah..diva la korang kalau asyik CINTA pacar saja) cinta pada family, pada agama, pada ALLAH...itulah keutamaan dan menjadi warna untuk mencantikkan lakaran di atas kanvas sebuah kehidupan.

BENCI arghhh..hilang mood nak menulis bila fikirkan pasal sakit kaki akibat banyak berjalan..

Friday, 12 August 2011

Kisah Aku Akhirnya

Biasanya, kesemua entry yang aku tulis kat dalam blog aku ni, adalah curahan hati setiap satu teman terbaik aku. Namun hari ini, buat pertama kalinya, aku ambil keputusan untuk aku kisahkan hidup aku kat dalam entry kali ini. Bukan mudah untuk aku buat keputusan ini, namun kalau nak diceritakan secara lisan, aku dah tak tahu macam mana nak lisankan, jadi aku ambil keputusan untuk menulis saja.

Kawan-kawan baik aku mula tertanya-tanya perubahan sikap aku. sungguh aku katakan, dulu aku adalah orang yang sangat-sangat susah untuk percaya tentang apa yang sahabat-sahabat aku katakan tentang CINTA. Bila mereka ceritakan tentang masalah CINTA mereka, aku adalah penasihat terbaik mereka sehingga aku digelar DR.LOVE dalam kalangan teman-teman aku. Walhal aku tiada sebarang pengalaman jatuh CINTA. Kalau dulu senang aku katakan tentang bagaimana nak mengatasi masalah sakit jiwa akibat CINTA, namun akhirnya aku mengalah jua kini.

CINTA bagi aku adalah anugerah perasaan terindah yang Allah kurniakan buat segenap manusia bahkan Allah telah tetapkan garis panduan bagaimana untuk memandu hati yang dipenuhi CINTA kearah mendapat keberkatan dan kenikmatan dalam berCINTA. Kalu dulu, aku adalah penunjuk arah kepada pemandu-pemandu CINTA yang terdiri dalam kalangan temanku, kini aku sendiri adalah penunjuk arah bahkan juga pemandu CINTA.

Bukan mudah aku membuat keputusan tentang bagaimana harus aku membiarkan CINT itu mekar dalam hati aku, sungguh aku katakan aku TIDAK PERNAH merasai CINTA terhadap lelaki yang bukan muhrim aku. Perasaan untuk menjadi yang sah dan halal buat dirinya.


Kini, rasa itu terbit, bagaimana harus aku hadapi. Katanya "...cinta itu bukan menyakiti tetapi menyembuhkan, menjadi sumber kekuatan dan peneguh hati pada hari-hari yang mendatang."

Nah!, sekarang aku fahami jua dan bersiap untuknya, namun bersiapkah dia untuk menerima CINTA aku?


Saturday, 6 August 2011

bercinta dulu baru kahwin atau kahwin dulu baru bercinta?

Jarang sekali aku buat macam apa yang aku buat malam ni. Aku menulis??.. hahahahahah macam aku tak dapat nak percaya. terbaiklah Jujue. Al kisahnya bermula ketika aku membelek-belek laptop aku aka ToyToy yang mendapat nafas pinjaman daripada FIKAH (tq syg coz bg kak Jue pinjam charger letop yek..hihiih ) aku pun mulalah mengisai (kata pinjaman daripada seseorang-jangan marah ye awk) ToyToy..sehinggalah aku terbaca satu artikel tentang "bercinta dulu baru kahwin atau kahwin dulu baru bercinta?" MANA LEBIH BAIK???...terus terang aku katakan, artikel ini sememangnya menarik minat aku. Kenalah dengan jiwa aku, sebabnya aku pernah berkata (ala-ala berjanji dengan diri sendiri la)..mengantuk lak..adeii x sempat aku nak habiskan ayat aku..sok pagi je la sambung..tata Salam!

Friday, 5 August 2011

ramadhan ini

Alhamdulillah..Genap 5 hari aku berpuasa. Nak dikatakan tentang  masalah sepajan 5 hari Ramadhan ni x la ketara sangat. just masalah mengidam nak makan yang susah nak dimasak je. Cuma yang aku terkenangkan setiap karenah abg aku time berbuka dan sahur..Ya Allah..rindunya Jumrah kat Abang. Abang mesti macam dulu.bla time nak berbuka jek..mesti nak gadoh-gadoh sebab nak mug yang cantik tu..hahahha..kalau bangun sahur pula..mesti nak tarik telinga or pipi orang..Ermm..dulu Jumrah marah sbb kacau tdoq tapi la neh macam da terkenag dan rindu pula..huhuuhhuuhuh... Ramadhan kali ini aku lalui tanpa abang disisi sejak abang dijemput Ilahi Mac lalu..Ketahuilah abang..bahawa aku terlalu merindui kamu..serindu-rindunya...(...ketika rindu kian buncah...)

Wednesday, 20 July 2011

Indahnya nukilan ini...

Nurul Iman by Rabbani..
Kafilah sahara
Menoleh cinta
Yang jatuh dari langit
Empat bintang mempersona
Dan satu kilau matahari
Ahbabtu hubbal khair
Hanya sebutir bintang cinta
Yang mengerlipkan sinarnya
Langit malam yang suram
Hadir bintang yang terang
Hanya satu
Nurul Iman.. Nurul Iman
Bintang cinta
CintaNya
Sempurna hanya Satu
Pada hati ke jiwa
Disuci cinta-cintaNya
Nurul Iman.. Nurul Iman
Nurul Iman.. Nurul Iman

bila dengar saja lagu neh..terus-terus masuk dalam hati aku..rasa macam sgt indahnya..