Alhamdulillah, siang tadi BERSIH 3.0 selamat dijayakan. dan adatlah dalam demo mesti ada yang cedera. dan lagi aku sedih dan pelik tu, bila polis datang je mesti ada yang cedera. ini semamngnya mengganggu ketenangan aku sebab abang ipar n ayah aku polis. tapi x pa sbb mereka polis yang baik (hnya mereka berdua). nak dijadikan cerita, lautan manusia hampir setengah juta manusia berkampung di ibu negara. aku sangat-sangat bangga dan aku hampir saja turut kesan sebelum mendpat panggilan amaran keras daripada warden disiplin aku aka kakak aku yg melarang aq join BERSIH 3.0 atas alasan kesihatan aq. bila aq tengok balik gambar-gambar sepanjang rentetan peristiwa ini berlaku, ramailah antaranya sahabat-sahabat aku. dan sesungguhnya demi Allah aku berbangga dengan mereka.witttttt cayolah beb!.. dan tengah syok2 aku bangga dengan BERSIH 3.0 neh tiba2 mmbe aq suruh aku tengok slot cerekarama di tv3 yang tajuknya mencintaimu. pendek citer, story line lam drama neh berkisar ttg seorang pompuan muda yg jatuh cinta dengan lelaki tua.(neh okeh lagi) tapi tup tup muncul pulak Zaim (ank sedara lelaki tua) yg mana seorang mahasiswa dan telah berdemo, hantar memorandom.dalam pada tu pulak si laki tua neh nasihat baik punya,katanya mahasisiwa perlu bijak, mak bapak suruh pegi belajar jadi cerdik dan bina masa depan cerah ( wat da hal???? ) pendek kata, kononnya mahasiswa neh bodoh la x reti buat pertimbangan. HELLO!!!!, korang ingat belajar tu masuk kelas je ek. adoi yai..mentaliti mcm ape neh. sedih aku. eh setiap perkara yang berlaku dan apa pun yg kita lakukan, kita panggil proses pembelajaran. dan x yah nk cakap mahasiswa je perlu belajar, setiap manusia selagi mana ia bernyawa, dituntut terhadapnya menimba ilmu. dan aku disini sekerasnya menyatakan, mahasiswa + politik = tidak dapat dipisahkan. politik + islam = tidaka akan dipisahkan. yakni kerana setiap perbuatan manusia itu, hatta untuk makan dan buang air sekalipun, ada islam dalamnya. setiap perkara perlu dilakukan mengikut lunas dan hukum syarak Islam. so kalu korang tak nak ikut cara Islam, cer korang berak x yah intinjak..x pon istinjak guna tangan kanan. sekian saja luahan hati dan perasaan seorang MAHASISWA yang dianggap budak kecil dan x reti buat pertimbangan. aku umo 23 tahun. (budak ker?)
Harumnya kuntuman mawardah memberi semangat kepada kumbang untuk bersemngat ,bersabar dalam mencari mawardah yang mewangi untuk dirinya. Jadilah seteguh dan sesabar NAILOFAR dan seindah MAWARDAH buat diriku dalam mengharungi ranjau sebagai muslimah..InsyaAllah.
Saturday, 28 April 2012
Friday, 27 April 2012
BERSIH 3.0
relevan atau tidak bersih 3.0 bukan persoalan penting bagi aku. yang penting adalah adakah segala apa yang diperjuangkan akan mendapat pertimbangan pihak tertentu. nak kata aku sokong bersih 3.0 tak juga. nak kata tak sokong pon tak juga. so pendek kata aku amek pendekatan tgk je. ini disebabkan bakal suami aku sendiri antara orang kuat yang sangat-sangat menyokong bersih 3.0. bahkan aku juga mendapat hadiah hari lahir (yang bila dia sambut) yang berwarna kuning. apa??? mafla BERSIH 3.0..waaaahh cayalah kanda, dinda terharulah.. so kepada korang, bukalah minda, bukalah hati, pikirlah yang mana korang berdiri. papepon takbir - Allahuakbar!
Tuesday, 24 April 2012
setia menanti kudis prasangka
Assalamualaikum,
betapa lamanya aku tidak mencoret di ruangan ini sehinggaku terpaksa menyapu sesawang lelabah yang sudah bermukim di sini. betapa sebuah usaha dan kesungguhan perlu untuk aku kembali menulis. aku kehilangan tenaga imaginasi untuk menulis sudah hampir setahun. KENAPA? biar aku ceritakan sebuah kisah temanku yang menyebabkan aku hilang urat semangat demi menuntut memahami hatinya. aku punya teman, indah namanya wan mohd hasyim namanya, berteman tapi mesra dengan seorang gadis yang cukuplah aku gelar sebagai RP. ahhhh!! indahnya kenangan ketika mereka bersama berteman. berani aku katakan mereka berteman dengan setiap genap aspek dijaga keterbatasannya agar perhubungan yang dibina itu tidak terpesong dan melanggar ikhtilaf. setahun menahan rasa, pada bulan ramadhan, pada detik jam menghampiri waktu bersahur, RP berkias dan menyuarakan hasrat hati, nah tapi benar, kiasannya begitu indah dan dibalas oleh SM(wan mohd hasyim) dengan kata positif. namun mereka tetap begitu, tiada kata-kata cinta yang terlahir. masing-masing sudah mengerti. sehingga tibalah pada pertemuan mata pertama. RP meminta kak una, teman yang paling dipercayainya untuk bersamanya bagi mengelak fitnah, ha ini juga kerana kak una adaah teman baik SM kerana bersekoah sekali bahkan kak una orang yang bertanggungjawab mempertemu mereka. hari yang dinanti tiba, bagaikan ingin saja hati RP keluar dan hampir 90% hatinya tidak merelakan dirinya bertemu wajah dengan SM. bimbang takut hatinya merindu. bimbang hatinya tidak keruan tatkala bersolat. namun pertemuan itu tetap terjadi dengan pertemuan mata SM bersama 3 orang temannya dan RP bersama kak una. tidak perlu berbicara panjang dan lebar kerana debar hati menceritakan segalanya. cuma sebuah senyuman keci hingga tidak mampu disedari oeh teman lain menjawab segala persoalan hati.
hari demi hari dilalui seperti biasa, sehingga pada suatu hari, RP pengsan dan kesurupan. berjumpa seorang ustaz. demi Allah, RP sakit. dia terkena buatan orang. mungkin sahaja perngainya berubah, hatinya? tak sedikit terkutik perkara buruk biarpun lemparan fitnah demi fitnah terhadap SM. dia yakin SM jiwa pemuda yang bersih. bermulalah episode luka dalam diri RP. pada saat fitnah melanda, dirinya lemah SM pergi meninggalkan dia tanpa sebarang kata, tanpa pamit, tanpa pesan dan membiarkan, meninggalkan dirinya keseorangan mempertahankan kepercayaan yang goyah terhadap SM. dan sehingga kini, dia terus menanti khabar daripada SM
Sunday, 1 January 2012
detik hitam malam tahun baru 2012 - berdarah di UPSI demi kebebasan akademik
pada detik jutaan belia lain menyambut kedatangan tahun baru dengan sambutan bunga api, konsert dan sebagainya 'kami' mahasiswa berkampung secara aman bagi menuntut kebebasan kepada Adam Adli yang akan dibicarakan pada 9 Januari 2012 atas kesalahan menurunkan bendera DS Najib selama 5 minit sebelum menaikkannya semula. namun keamanan ini bertukar menjadi tragik apabila pihak polis dikatakan menggunakan kekerasan bagi meleraikan perhimpunan. 'kami' dikatakan bertindak ganas.
dalam kejadian ini dua orang mahasiswa cedera parah. Saudara Safwan Anang, Pengerusi BEBAS yang juga Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dilaporkan kritikal akibat dipukul dan dibelasah oleh polis. tindakan ini adalah satu tindakan yang zalim!!! seorang lagi mangsa juga daripada UM, Amar Rasyidi dilaporkan menerima beberapa jahitan di hidungnya yang koyak akibat dipuku-9 jahitan.(aku bangga jadi salah seorang mahasiswa yang cakna dengan hal ini)
Safwan Anang yang telah dipukul sehingga pengsan tidak sedarkan diri sehinggalah jam 7 pagi tadi. soalan pertama yang ditanya sejurus mata dibuka adalah : kawan-kawan macam mane?
aku, sebagai mahasiswa terasa terpukul sekiranya aku hanya berdiam diri sahaja melihat perjuangan teman-temanku memperjuangkan hak seluruh mahasiswa biarpun mereka dikecam hebat oleh segelintir mahasiswa 'kura-kura' sendiri.
tindakan ini baru sedikit, masih banyak rentetan tindakan akan kami lakukan dan kali ini aku sendiri akan menyinsing lengan bergerak sama dalam memperjuangkan hak mahasiswa.
Subscribe to:
Posts (Atom)