Harumnya kuntuman mawardah memberi semangat kepada kumbang untuk bersemngat ,bersabar dalam mencari mawardah yang mewangi untuk dirinya. Jadilah seteguh dan sesabar NAILOFAR dan seindah MAWARDAH buat diriku dalam mengharungi ranjau sebagai muslimah..InsyaAllah.

Tuesday, 5 April 2011

Dugaan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

Alhamdulillah..

Itu adalah perkataan pertama yang keluar dari mulut aku selepas 2 minggu bergadai masa, tenaga, wang dan menebalkan muka demi beberapa lembaran kertas.

Dalam masa 2 minggu, hanya utk melaksanakan tugas-tugas terakhir sebagai individu yang bertanggungjawab dalam segala urusan surat-menyurat serta meeting..akhirnya berjaya jua aku leraikan kekusutan ini..

Hanya Allah yang tahu betapa hati ini terdera dengan ujian ini, Namun Alahmdulillah..Allah masih sayangkan HambaNYA ini apabila dikurniakan kesabaran yang sangat tinggi. Ucapan Jazakumullah yang tidak terhingga buat Ma Ayah..serta teman-teman rapat yang bagi sokongan dan nasihat. Jasa kalian terpahat dalam hatiku. Pernah jua aku cuba untuk nukilkan kata-kata komplen pada individu yang sengaja memberatkan lagi amanah ini, Namun aku tabahkan hati. Alhamdulillah..akhirnya aku mampu tersenyum merasa kemanisan kesabaran dalam menjalankan amanah ini.

Mesti tertanya-tanya amanah apakah ini?

Perasaan untuk menceritakan kesengsaraan hilang bila aku mendapat panggilan telefon daripada pejabat Pengajian Media UM.

,,....,.,.,. ~ Assalamualaikum..boleh saya bercakap dengan Cik Siti Jumrah

Aku ~wslm..Ya saya bercakap.Sapa ni ya? (berdebar-debar bila dapat panggilan formal neh )

,.,.,.,.,.,. ~ Saya PA ketua jabatan pengajian media. Surat cik da setel..sila datang ambil ea..dah       diluluskan..tahniah!

Aku ~ ya ka? alhamdulillah..tq ya Puan..

bayangkan perasaan aku, setelah 4 surat aku ditolak akhirnya surat yang kelima ini telah diluluskan..

so kepada adik-adik junior dan sahabat daripada english studies department dan fakulti ekonomi..TAHNIAH..anda berjaya mendapat surat pelepasan kuliah dan tidak akan di BAR exam. :)

terasa usaha aku sangat berbaloi sebab dapat menyelamatkan insan-insan ini daripada kena extend sem..

hoyeah!!!!!!!!!!!!

No comments: