Alhamdulillah..ini adalah blog sy yg ke-4 selepas beberapa trial sebelum ini.Akhirnya boleh jgak sy post dlm blog sndr.Sebenarnya apa yang berlaku pada hari ini adalah kenikmatan dalam bersabar kita sebagai Hamba Allah..Sekiranya hilang sifat sabar itu, maka akan terjadilah pelbagai perkara lain yang berkemungkinan adalah negatif. Namun ramai antara kita sekarang suka mengambil jalan mudah dengan hilangnya sifat sabar dan membuat keputusan secara terburu-buru..
Malah banyak nas yang meneranagkan berkenaan sifat sabar.
Antaranya bermaksud: “Hai orang-orang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.” (Ali-Imran:200)
Imam al-Ghazali menghuraikan bahawa sabar ialah sifat yang membezakan di antara manusia dan haiwan dalam hal menundukkan hawa nafsu. Barang siapa yang tetap tegak bertahan sehingga dapat menundukkan hawa nafsu dengan terus-menerus, maka orang itu termasuk dalam golongan orang yang sabar.
Dan ingatlah wahai umat Islam bahawa Allah akan meninggikan kedudukan orang-orang yang sabar serta menjelaskan tentang taraf mereka dalam kalangan orang-orang mukmin dan muttaqin. Mereka telah berjaya memasuki syurga dan terlepas dari neraka.
No comments:
Post a Comment