Harumnya kuntuman mawardah memberi semangat kepada kumbang untuk bersemngat ,bersabar dalam mencari mawardah yang mewangi untuk dirinya. Jadilah seteguh dan sesabar NAILOFAR dan seindah MAWARDAH buat diriku dalam mengharungi ranjau sebagai muslimah..InsyaAllah.

Sunday, 1 January 2012

detik hitam malam tahun baru 2012 - berdarah di UPSI demi kebebasan akademik

pada detik jutaan belia lain menyambut kedatangan tahun baru dengan sambutan bunga api, konsert dan sebagainya 'kami' mahasiswa berkampung secara aman bagi menuntut kebebasan kepada Adam Adli yang akan dibicarakan pada 9 Januari 2012 atas kesalahan menurunkan bendera DS Najib selama 5 minit sebelum menaikkannya semula. namun keamanan ini bertukar menjadi tragik apabila pihak polis dikatakan menggunakan kekerasan bagi meleraikan perhimpunan. 'kami' dikatakan bertindak ganas.

dalam kejadian ini dua orang mahasiswa cedera parah.  Saudara Safwan Anang, Pengerusi BEBAS yang juga Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dilaporkan kritikal akibat dipukul dan dibelasah oleh polis. tindakan ini adalah satu tindakan yang zalim!!! seorang lagi mangsa juga daripada UM, Amar Rasyidi dilaporkan menerima beberapa jahitan di hidungnya yang koyak akibat dipuku-9 jahitan.(aku bangga jadi salah seorang mahasiswa yang cakna dengan hal ini)

Safwan Anang yang telah dipukul sehingga pengsan tidak sedarkan diri sehinggalah jam 7 pagi tadi. soalan pertama yang ditanya sejurus mata dibuka adalah : kawan-kawan macam mane?

aku, sebagai mahasiswa terasa terpukul sekiranya aku hanya berdiam diri sahaja melihat perjuangan teman-temanku memperjuangkan hak seluruh mahasiswa biarpun mereka dikecam hebat oleh segelintir mahasiswa 'kura-kura' sendiri.

tindakan ini baru sedikit, masih banyak rentetan tindakan akan kami lakukan dan kali ini aku sendiri akan menyinsing lengan bergerak sama dalam memperjuangkan hak mahasiswa.