Harumnya kuntuman mawardah memberi semangat kepada kumbang untuk bersemngat ,bersabar dalam mencari mawardah yang mewangi untuk dirinya. Jadilah seteguh dan sesabar NAILOFAR dan seindah MAWARDAH buat diriku dalam mengharungi ranjau sebagai muslimah..InsyaAllah.

Friday, 12 August 2011

Kisah Aku Akhirnya

Biasanya, kesemua entry yang aku tulis kat dalam blog aku ni, adalah curahan hati setiap satu teman terbaik aku. Namun hari ini, buat pertama kalinya, aku ambil keputusan untuk aku kisahkan hidup aku kat dalam entry kali ini. Bukan mudah untuk aku buat keputusan ini, namun kalau nak diceritakan secara lisan, aku dah tak tahu macam mana nak lisankan, jadi aku ambil keputusan untuk menulis saja.

Kawan-kawan baik aku mula tertanya-tanya perubahan sikap aku. sungguh aku katakan, dulu aku adalah orang yang sangat-sangat susah untuk percaya tentang apa yang sahabat-sahabat aku katakan tentang CINTA. Bila mereka ceritakan tentang masalah CINTA mereka, aku adalah penasihat terbaik mereka sehingga aku digelar DR.LOVE dalam kalangan teman-teman aku. Walhal aku tiada sebarang pengalaman jatuh CINTA. Kalau dulu senang aku katakan tentang bagaimana nak mengatasi masalah sakit jiwa akibat CINTA, namun akhirnya aku mengalah jua kini.

CINTA bagi aku adalah anugerah perasaan terindah yang Allah kurniakan buat segenap manusia bahkan Allah telah tetapkan garis panduan bagaimana untuk memandu hati yang dipenuhi CINTA kearah mendapat keberkatan dan kenikmatan dalam berCINTA. Kalu dulu, aku adalah penunjuk arah kepada pemandu-pemandu CINTA yang terdiri dalam kalangan temanku, kini aku sendiri adalah penunjuk arah bahkan juga pemandu CINTA.

Bukan mudah aku membuat keputusan tentang bagaimana harus aku membiarkan CINT itu mekar dalam hati aku, sungguh aku katakan aku TIDAK PERNAH merasai CINTA terhadap lelaki yang bukan muhrim aku. Perasaan untuk menjadi yang sah dan halal buat dirinya.


Kini, rasa itu terbit, bagaimana harus aku hadapi. Katanya "...cinta itu bukan menyakiti tetapi menyembuhkan, menjadi sumber kekuatan dan peneguh hati pada hari-hari yang mendatang."

Nah!, sekarang aku fahami jua dan bersiap untuknya, namun bersiapkah dia untuk menerima CINTA aku?


Saturday, 6 August 2011

bercinta dulu baru kahwin atau kahwin dulu baru bercinta?

Jarang sekali aku buat macam apa yang aku buat malam ni. Aku menulis??.. hahahahahah macam aku tak dapat nak percaya. terbaiklah Jujue. Al kisahnya bermula ketika aku membelek-belek laptop aku aka ToyToy yang mendapat nafas pinjaman daripada FIKAH (tq syg coz bg kak Jue pinjam charger letop yek..hihiih ) aku pun mulalah mengisai (kata pinjaman daripada seseorang-jangan marah ye awk) ToyToy..sehinggalah aku terbaca satu artikel tentang "bercinta dulu baru kahwin atau kahwin dulu baru bercinta?" MANA LEBIH BAIK???...terus terang aku katakan, artikel ini sememangnya menarik minat aku. Kenalah dengan jiwa aku, sebabnya aku pernah berkata (ala-ala berjanji dengan diri sendiri la)..mengantuk lak..adeii x sempat aku nak habiskan ayat aku..sok pagi je la sambung..tata Salam!

Friday, 5 August 2011

ramadhan ini

Alhamdulillah..Genap 5 hari aku berpuasa. Nak dikatakan tentang  masalah sepajan 5 hari Ramadhan ni x la ketara sangat. just masalah mengidam nak makan yang susah nak dimasak je. Cuma yang aku terkenangkan setiap karenah abg aku time berbuka dan sahur..Ya Allah..rindunya Jumrah kat Abang. Abang mesti macam dulu.bla time nak berbuka jek..mesti nak gadoh-gadoh sebab nak mug yang cantik tu..hahahha..kalau bangun sahur pula..mesti nak tarik telinga or pipi orang..Ermm..dulu Jumrah marah sbb kacau tdoq tapi la neh macam da terkenag dan rindu pula..huhuuhhuuhuh... Ramadhan kali ini aku lalui tanpa abang disisi sejak abang dijemput Ilahi Mac lalu..Ketahuilah abang..bahawa aku terlalu merindui kamu..serindu-rindunya...(...ketika rindu kian buncah...)